Lagu ANAK PERMATA

Anak adalah anugerah Tuhan
Yang lahir dengan kasih sayang
Anak PERMATA cahaya hidup
Bakal berkilau di masa hadapan

Kami dicari seluruh Malaysia
Dengan segala usaha yang payah
Bersama sahabat yang memahami
Serta guru yang mendampingi

KORUS
Belajar kami terus belajar
Berusaha kami terus berusaha
Menjadi warga pintar
Demi mencapai cita-cita negara
Memenuhi impian pemimpin
Bangsa SATU MALAYSIA

Kami teroka pelbagai penjuru
Kami cipta mencari yang baru
Jadi anak bitara bangsa
Pintar, luhur, berhemalijujur

Kami disaji pelbagai program
Yang menguji dan mencabar minda
Kami diasuh menjadi kreatif
Agar minda lebih inovatif

KORUS
Belajar kami terus belajar
Berusaha kami terus berusaha
Membentuk diri sendiri
Demi mencapai cita-cita negara
Menjadi warga pintar dunia
Impian SATU MALAYSIA

Bukan sahaja mengenal buku
Kami diasuh hormati ilmu
Jadi pemikir beradab cermat
Bijaksana pula mencapai matlamat

Kami anak PERMATApintar
Bagai khazanah yang perlu digilap
Agar kilauan membenih bakti
Kepada Negara yang dicintai

Gubahan Muzik: Dato’ Johari Salleh
Senikata: PM Dr Noriah Mohd Ishak/ Dr Mawar Safei / Pn Aliza Alias

 
 
|  2013 - 2023 © Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia  |